TOKYO - Pengeluar tandas Jepun terus mencuri tumpuan dengan memperkenalkan teknologi analisis najis pada produk mereka, membolehkan pengguna memantau kesihatan melalui tabiat tandas harian.
Toto Ltd. melancarkan dua model baharu siri Neorest mewah yang dilengkapi sensor LED dalam mangkuk tandas untuk mengimbas bentuk, jumlah dan warna najis.
Analisis ini diklasifikasikan kepada tujuh kategori bentuk dan kekerasan, manakala jumlah dan warna direkodkan dalam tiga tahap.
Pengguna boleh menerima nasihat pemakanan melalui aplikasi telefon pintar berdasarkan pergerakan usus mereka, seperti cadangan menambah pengambilan sayur-sayuran.
Produk ini direka untuk membantu pengguna menjadikan tandas harian sebagai gerbang kepada kesihatan lebih baik.
Sementara itu, Panasonic Corp. membangunkan peranti Toirepo untuk kemudahan penjagaan kejururawatan, merekodkan masa, kekerapan dan jumlah perkumuhan penghuni menggunakan sensor, sekali gus memudahkan pemeriksaan tanpa mengganggu rutin harian.
Industri tandas Jepun terkenal dengan inovasi berterusan, dari tandas bidet ke reka bentuk penjimatan air, dan kini memperluas lagi fungsinya untuk kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Sumber: BERNAMA-KYODO
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back