GEORGE TOWN - Keluarga pelakon Nadia Kesuma reda selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung, susulan laporan kehilangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lepas.
Suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian isterinya lewat malam tadi oleh Wisma Putra, dan akan berangkat ke Jeddah bersama anak perempuan mereka.
Nadia Kesuma, atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, meninggalkan tiga anak berusia 11 hingga 15 tahun.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Jeddah, menunaikan hasrat beliau yang selalu ingin menunaikan Umrah.
Pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu menyertai pakej Umrah-London-Paris bersama 21 jemaah lain, berlepas dari KLIA pada awal pagi Selasa lepas.
Kematian beliau disahkan melalui hantaran suami di Facebook pagi tadi.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back