KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung, sehingga 25 Januari ini.
Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka mencecah 34 darjah Celsius.
Katanya, ribut petir berserta angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.
Justeru orang ramai dinasihatkan merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini.
Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan bagi perairan negara mulai 21 hingga 25 Januari.
Angin timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda beberapa kawasan perairan, manakala angin berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 4.5 meter berlaku di kawasan lain, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan rekreasi laut.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back