KUCHING - 199 pelajar sekolah dari Kampung Segedup dan Kampung Sungai Maong menerima sumbangan barangan keperluan persekolahan menerusi Program Penyerahan Sumbangan anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban ibu bapa khususnya golongan B40 dan asnaf, selain memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pendidikan.
Beliau berkata demikian pada program penyerahan sumbangan itu di Dewan Futsal Kampung Sungai Maong di Kuching hari ini.
Sementara itu, Pengerusi KSK Satok, Irwan Zulkarnain Dato Muhammad Hasbie berkata, program tahunan yang dilaksanakan sejak 2014 itu bertujuan membantu pelajar mendapatkan kelengkapan asas persekolahan.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back