• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 January 2026 | 07:05 PM

PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku, Rokok, Minuman Keras Bernilai RM10 Juta

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai produk sejuk beku, rokok dan minuman keras bernilai RM10 juta menerusi OPS Taring Alpha dan OPS Taring Chiller yang dijalankan di Sibu, Betong dan Bintulu pada Jumaat.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan secara serentak itu, lapan individu warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan dan pengedaran barangan tanpa permit sah.

Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu di Sibu, serbuan ke atas sebuah premis membawa kepada penahanan enam lelaki tempatan dan rampasan sejumlah besar pelbagai produk sejuk beku dengan nilai rampasan lebih RM3.5 juta.

Manakala di Betong, PGA menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai produk sejuk beku dengan rampasan dianggarkan bernilai RM2.53 juta.

Lim berkata di Bintulu pula, PGA menumpaskan aktiviti penyimpanan rokok dan minuman keras tidak bercukai dengan rampasan ribuan karton rokok, minuman keras serta kenderaan bernilai RM4 juta.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok