KUCHING - Situasi banjir di Sarawak dilaporkan pulih sepenuhnya apabila tiada lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka selepas satu-satunya PPS di Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup pada jam 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan seramai 24 mangsa banjir daripada 15 Ketua Isi Rumah (KIR) yang ditempatkan di PPS berkenaan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back