KAPIT - Sebanyak RM496,000 telah disalurkan kepada 30 penerima dalam Majlis Penyerahan Cek anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kapit yang berlangsung di Hotel Meligai pada Jumaat (16 Januari).
Majlis disempurnakan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Jefferson Jamit Unyat.
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Alexander menekankan komitmen berterusan pusat khidmat untuk membantu masyarakat melalui sumbangan bersasar, telus dan berimpak tinggi.
Sementara itu, Datuk Jefferson menegaskan setiap penerima menerima jumlah berbeza mengikut keperluan sebenar, serta keperluan merekod penggunaan dana bagi memastikan akauntabiliti.
Majlis yang turut dihadiri pegawai kerajaan dan penerima sumbangan ini menekankan prinsip ketelusan, tanggungjawab dan keberkesanan dalam pengurusan dana, sekali gus mencerminkan keprihatinan berterusan terhadap kebajikan masyarakat Kapit.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back