• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 January 2026 | 01:47 PM

Sarawak Peruntuk RM150 Juta Bina Pusat Astronomi

KUCHING - Kerajaan Sarawak mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi pembinaan Pusat Astronomi Sarawak, yang bakal menjadi hab penyelidikan saintifik serta pengembangan ilmu aeroangkasa di negeri ini.

Pengumuman dibuat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Joahri Tun Openg ketika Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Agensi-Agensi Islam di Dewan Kompleks Islam Sarawak  Sabtu malam 16 Januari.

Inisiatif strategik ini dijalankan bersama Jabatan Mufti Sarawak dan i-CATS University College, bertujuan melahirkan modal insan mahir dalam ilmu falak syarie serta teknologi satelit.

Abang Johari menegaskan penguasaan STEM, terutamanya Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, dan Bahasa Inggeris, adalah kunci generasi muda bersaing dalam ekonomi baharu dipacu Kecerdasan Buatan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga komited memacu kepakaran reka bentuk cip semikonduktor tempatan dan menyediakan pendidikan percuma di universiti Sarawak agar anak petani, nelayan dan golongan B40 berpeluang mendalami teknologi terkini tanpa beban kewangan.

Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok