• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 January 2026 | 01:17 PM

Sidang Parlimen Buka Tirai Isnin, Titah Agong Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR - Sidang Parlimen ke-15 akan membuka tirainya Isnin ini dengan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menjadi tumpuan utama.

Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah bagi perasmian kedua-dua dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menyingkap isu pembangunan negara, kebajikan rakyat, serta ekonomi sejajar permulaan Rancangan Malaysia Ke-13.

Istiadat pembukaan akan disiarkan secara langsung bermula jam 10 pagi menerusi televisyen dan platform dalam talian.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong akan menerima sembah hormat di Dataran Parlimen oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua timbalan perdana menteri, jemaah menteri dan ketua perwakilan asing turut hadir.

Persidangan Dewan Rakyat selama 20 hari akan menumpukan kepada pembentangan dan perbahasan Titah Diraja, sesi jawapan menteri, serta beberapa RUU penting termasuk had jawatan perdana menteri, pemisahan kuasa pendakwa raya, RUU Ombudsman 2025 dan Akta Kebebasan Maklumat.

Sidang Dewan Negara pula akan bermula 23 Februari selama 13 hari, menandakan permulaan sesi Parlimen yang penuh agenda reformasi dan pembangunan undang-undang.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok