ISTANBUL - Venezuela mengesahkan 47 anggota tentera terkorban dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang dijalankan awal bulan ini, yang membawa kepada penangkapan Presiden Nicolás Maduro dan isterinya.
Menteri Pertahanan Venezuela, Vladimir Padrino López, berkata anggota Angkatan Bersenjata Negara Bolivarian terkorban ketika berdepan teknologi canggih dan sumber ketenteraan yang lebih besar dikerahkan terhadap negara itu.
Beliau turut menegaskan bahawa 32 warga Cuba turut terbunuh dalam serangan tersebut, dan Venezuela kini mengaktifkan “Pelan Ayacucho” untuk meningkatkan keupayaan pertahanan serta menyusun semula angkatan tenteranya.
Letupan kuat menggegarkan ibu negara Caracas pada 3 Januari lalu, semasa Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan operasi besar itu yang disifatkan Venezuela sebagai agresi ketenteraan.
Sumber: BERNAMA - ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back