KUCHING - Dua lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori 10 tan muatan batu ketika membaiki brek kenderaan itu di Bukit Mambong, Siburan, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2 petang.
Mangsa dikenali sebagai Laga Anak Tegong, 46, dan Sady Joe Anak Liam, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan jengkaut sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back