• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 January 2026 | 03:30 PM

Kajian Keperluan UPSR dan PT3 Dijangka Selesai Tahun Ini

PUTRAJAYA - Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dijangka siap dalam tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek berkata kajian itu akan dimulakan segera selepas proses pelantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) selesai.

"MPPK kini dalam proses pelantikan, dan sebaik selesai, kita akan selesaikan kajian ini sesegera mungkin," katanya selepas Program PAKAT Prasekolah dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1), di sini hari ini.

Fadhlina menjelaskan kajian ini dibuat susulan maklum balas ibu bapa dan warga pendidik, untuk memastikan sebarang keputusan dasar pendidikan dibuat selepas pertimbangan teliti.

"Ini menunjukkan kerajaan mendengar permintaan dan mengambil pendekatan meneliti bersama sebelum membuat keputusan penting," katanya.

Untuk rekod UPSR dimansuhkan pada 2021 dan PT3 pada 2022, sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) disasarkan selesai dalam minggu ini, dengan kelonggaran masa diberikan kepada sekolah pendalaman dan sekolah yang mempunyai ramai pelajar.

Setakat ini, proses pengagihan BAP di seluruh negara berjalan lancar.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok