MIRI - Projek naik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh kini 88 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya seminggu sebelum Tahun Baru Cina.
Demikian menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja bagi memantau kemajuan projek di ICQ Sungai Tujoh, pada Rabu.
Beliau berkata projek bernilai RM4 juta itu menambah empat lorong trafik, lebih banyak kaunter imigresen dan kastam, serta kemudahan tandas awam bagi mengurangkan kesesakan di sempadan, terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.
Kaunter baru juga akan memisahkan kenderaan Malaysia dan Brunei untuk mempercepat proses pelepasan.
Projek asal dijangka siap Disember lalu tetapi tertangguh akibat cuaca buruk dan pindaan reka bentuk.
Dato Sri Lee menegaskan, ini hanya langkah sementara dan kerajaan merancang pembangunan semula kompleks secara menyeluruh, termasuk kemungkinan terminal baru dan teknologi kelulusan automatik.
Beliau turut menyeru Telekom Malaysia memperbaiki liputan internet di kawasan ICQS bagi memastikan operasi lebih lancar.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back