• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 January 2026 | 09:06 AM

Kerajaan Berhak Tarik Balik Bantuan Jika Maklumat Tidak Tepat

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat.

MoF dalam satu kenyataan menjelaskan setiap permohonan STR melalui proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan, termasuk pemeriksaan berkala setiap suku tahun terhadap pemilikan kediaman, kenderaan, perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara.

Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemohon yang memberikan maklumat palsu.

STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun ini menerima peruntukan tertinggi RM15 bilion, sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.

SARA membantu 8 juta individu, termasuk golongan miskin dan miskin tegar, manakala STR disasarkan kepada isi rumah dan warga emas berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan.

MoF memaklumkan RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan Selasa depan, bagi memastikan bantuan sampai secara bersasar, teratur dan stabil.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok