• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 January 2026 | 07:57 AM

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Banjir Secara Menyeluruh

Bintulu - Kerajaan Sarawak akan menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat negeri bagi merangka perancangan dan penyelesaian menyeluruh serta jangka panjang untuk menangani masalah banjir di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jawatankuasa itu akan meneliti pelbagai aspek termasuk kejuruteraan, sistem perparitan dan pengurusan sungai, dengan pendekatan lebih mampan dan berkesan.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Dewan Suarah Bintulu pada Rabu, 14 Januari, yang menempatkan mangsa banjir dari kawasan Ulu Sebauh.

Menurutnya, cadangan penggalian sungai semata-mata bukan penyelesaian mutlak kerana masalah pemendapan akan terus berlaku.

Abang Johari menegaskan sebarang keputusan tidak akan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya dibincangkan secara terperinci oleh jawatankuasa terbabit, termasuk melibatkan pihak pemaju.

Beliau turut memaklumkan kerja pembaikan infrastruktur rosak akibat banjir hanya akan dilaksanakan selepas musim monsun berakhir bagi mengelakkan pembaikan berulang.

Dalam pada itu, beliau memuji pengurusan bantuan banjir di Sebauh yang disifatkan berjalan lancar, dengan kebajikan, penempatan serta keperluan kesihatan mangsa terjejas ditangani dengan baik.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok