Kuala Lumpur - Johor Darul Ta’zim, JDT, mengekalkan rekod tanpa kalah Liga Super 2025/2026 selepas mencatat kemenangan tipis 2–1 ke atas Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Khamis malam, 14 Januari.
JDT mendominasi permainan sejak awal, namun jaringan awal Bergson da Silva dibatalkan selepas semakan VAR.
Kuching City mengejutkan tuan rumah apabila Scott Woods membuka jaringan pada minit ke-41.
Babak kedua menyaksikan JDT beraksi dengan 10 pemain selepas kapten Natxo Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-55.
Namun, juara bertahan bangkit apabila Ignacio Mendez menyamakan kedudukan sebelum Bergson meledak gol kemenangan pada minit ke-64.
Dalam perlawanan lain, Penang FC menewaskan Kuala Lumpur City 1–0 hasil jaringan Faith Obilor. Melaka FC pula membelasah PDRM FC 3–0 di Stadium Hang Jebat.
Selangor FC turut mencatat kemenangan 1–0 ke atas Negeri Sembilan, sekali gus melonjak ke tangga kedua liga.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back