• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 January 2026 | 04:17 PM

JIM Perhebat Operasi Penguatkuasaan dan Perkukuh Integriti Warga Imigresen

Putrajaya - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memperhebat operasi penguatkuasaan terhadap warga asing pada tahun ini, dengan pendekatan yang lebih strategik dan menyeluruh.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, berkata tindakan penguatkuasaan tidak lagi hanya tertumpu di kilang atau tapak tertentu, tetapi akan merangkumi sektor dan kawasan lain yang menjadi kebimbangan masyarakat.

Beliau menjelaskan langkah itu bertujuan menangani persepsi bahawa warga asing menguasai aktiviti ekonomi di lokasi tertentu.

“Aktiviti penguatkuasaan perlu lebih strategik kerana operasi di tapak pembinaan dan kilang memang sudah biasa dilakukan. Kali ini kita kena fokus kepada kawasan yang lebih merisaukan masyarakat,” katanya ketika menyampaikan amanat 2026 kepada warga JIM di Putrajaya hari ini.

Zakaria turut menekankan aspek integriti pegawai dan anggota JIM sebagai perkara utama.

Beliau menyeru Bahagian Integriti JIM memainkan peranan lebih efektif dalam melaksanakan program pemantapan integriti bagi memastikan pegawai tidak terjebak dalam sebarang salah laku.

Selain itu, JIM juga akan memperkukuh penggunaan kecerdasan buatan dan pendigitalan dalam perkhidmatan imigresen bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Ketua Pengarah JIM turut menekankan nilai kemanusiaan dalam perkhidmatan, supaya warga jabatan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efisien, dan mesra kepada rakyat.

Tambahnya, langkah tersebut dijangka meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan JIM serta mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan jabatan itu.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok