Istanbul - Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir hari ini, 14 Januari, bagi perbincangan dengan pegawai Mesir mengenai pelanjutan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Delegasi diketuai Khalil al-Hayya, ketua perunding Hamas, dan menumpukan kepada melengkapkan tempoh gencatan senjata serta pembukaan semula sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir.
Perbincangan juga dijangka mempercepat fasa kedua perjanjian, termasuk pembentukan jawatankuasa pentadbiran dan pengunduran penuh tentera Israel daripada Gaza.
Delegasi dijadual bertemu pemimpin Palestin lain untuk menilai perkembangan politik dan keselamatan di Gaza serta Tebing Barat.
Untuk rekod, sejak Oktober 2023, lebih 71,000 orang terkorban dan 171,000 cedera di Gaza akibat serangan tentera Israel, menurut laporan rasmi.
Sumber: BERNAMA – ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back