PAKAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Rh. Ajai Sandin, Jalan Wak, pada Selasa telah diaktifkan hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Serian anak Luyoh, berusia 67 tahun.
Menurut pengadu, kakak iparnya yang juga seorang OKU masih belum pulang ke rumah selepas keluar untuk mengambil sayur di belakang rumah pada pagi hari kejadian.
Mangsa kali terakhir dilihat mengenakan baju kelawar berwarna merah.
Usaha pencarian awal telah dijalankan oleh adik ipar mangsa bersama penduduk rumah panjang, namun mangsa masih belum ditemui.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back