KUCHING – Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta jenis Perodua Ativa yang dipandunya terbabas lalu masuk ke dalam parit di Taman Hui Sing, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 11 pagi.
Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan itu dan mangsa yang cedera di bahagian kepala dan dada diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back