SIBU – Seorang wanita dilaporkan tidak sedarkan diri manakala seorang lelaki cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Taman Desa Kemuyang, Kampung Jeriah, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.38 pagi.
Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Proton Saga, dua buah Toyota Hilux dan sebuah Perodua Myvi.
Menurutnya, dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita didapati tersepit di dalam kenderaan Perodua Myvi, manakala enam mangsa lain telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.
Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back