Gaza - Jumlah kematian di Gaza akibat serangan Israel kini melebihi 71,400 orang, manakala lebih 171,000 lagi dilaporkan cedera sejak ofensif bermula 7 Oktober 2023.
Menurut Agensi Berita Palestin WAFA, dalam tempoh 24 jam lalu, lima orang terbunuh manakala enam lagi cedera dan dibawa ke hospital, dengan beberapa mangsa masih tersepit di bawah runtuhan dan jalan, kerana pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi.
Sejak gencatan senjata pada 11 Oktober, seramai 447 orang dilaporkan maut, 1,246 cedera, dan 697 mayat berjaya dikeluarkan.
Selain itu, seorang kanak-kanak berusia satu tahun meninggal dunia akibat kesejukan, menjadikan jumlah kematian kanak-kanak kerana cuaca sejuk setakat ini tujuh orang.
Tiga lagi mangsa maut akibat keruntuhan bangunan, menjadikan jumlah keseluruhan 24 orang.
Sumber: BERNAMA – WAFA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back