London - Xabi Alonso meninggalkan jawatan ketua jurulatih Real Madrid selepas kurang lapan bulan menggantikan Carlo Ancelotti, menurut pengumuman rasmi kelab semalam.
Keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama, susulan tekanan yang dihadapi Alonso selepas Real Madrid tewas kepada Barcelona dalam Piala Super Sepanyol di Arab Saudi, Ahad lepas.
Kelab menzahirkan penghargaan terhadap Alonso dan pasukan teknikalnya atas dedikasi serta sumbangan mereka, dan menegaskan legenda kelab itu akan sentiasa dekat di hati penyokong serta diterima kembali di Madrid pada masa hadapan.
Musim lalu, Real Madrid menamatkan La Liga sebagai naib johan, empat mata di belakang Barcelona, dan tewas lagi kepada pasukan Hansi Flick dalam Piala Super Sepanyol untuk tahun kedua berturut-turut.
Sumber: Bernama-PA Media/dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back