• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 January 2026 | 12:49 AM

AirBorneo Tukar Kod Penerbangan ke “MY”, Operasi Dijamin Lancar

Kuching - AirBorneo akan menukar kod penerbangan daripada MH kepada MY mulai hari ini 14 Januari 2026, susulan peralihan operasi syarikat ke Sistem Kawalan Pelepasan (DCS) sendiri, menandakan fasa baharu penjenamaan dan operasi syarikat.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penukaran itu melibatkan siri penerbangan MH3000 kepada MY3000 dan dijangka berjalan lancar tanpa menjejaskan jadual atau tempahan penumpang.

Beliau berkata demikian selepas menerima taklimat operasi daripada Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, bersama pasukan pengurusan kanan syarikat pada Selasa.

“Peralihan sistem telah disiapkan dengan teliti, termasuk koordinasi dengan lapangan terbang dan pihak berkepentingan. Semua kaunter daftar masuk tetap beroperasi, manakala paparan penerbangan dan nombor penerbangan dikemas kini mengikut penjenamaan AirBorneo,” katanya.

Menurutnya lagi, proses itu dilaksanakan serentak di 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak, dan Labuan, sebagai langkah strategik memperkukuh operasi dan jaringan penerbangan serantau.

Dato Sri Lee juga menyambut baik pelantikan Megat Ardian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan yakin kepimpinan beliau akan memastikan kelancaran operasi syarikat.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok