• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 January 2026 | 03:59 PM

Sarawak Serahkan Kepada Mahkamah Tentang Permohonan PETRONAS Mengenai Kawal Selia Petroleum

Kuching - Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan mahkamah berhubung permohonan Petroliam Nasional Berhad, PETRONAS, untuk mendapatkan pencerahan mengenai kawal selia petroleum di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata isu tersebut melibatkan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan perkara itu.

“Notis usul ini hanya untuk mendapatkan arahan serta pencerahan daripada mahkamah dari sudut perundangan, dan tidak memberi kesan besar kepada negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat YAB Premier Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

PETRONAS memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak, manakala kemungkinan penyelesaian hubungan antara PETRONAS dan PETROS juga tertakluk kepada keputusan mahkamah.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok