• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 January 2026 | 03:26 PM

BAP RM150 Mesti Diberi Penuh Tanpa Potongan – Fadhlina

Nibong Tebal - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan Bantuan Awal Persekolahan atau BAP berjumlah RM150 bagi setiap murid mesti diserahkan sepenuhnya tanpa sebarang potongan kepada ibu bapa bagi tujuan persiapan sekolah anak-anak.

Beliau berkata sebarang bayaran lain seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, perlu diuruskan secara berasingan dan tidak boleh dipotong daripada bantuan tersebut, sambil mengingatkan sekolah supaya mematuhi ketetapan itu sepenuhnya.

Menurut Fadhlina, kerajaan memperuntukkan lebih RM800 juta tahun ini untuk BAP, memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam di seluruh negara, dan setakat ini proses agihan berjalan lancar.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut memaklumkan semua pihak termasuk ibu bapa akan diwajibkan menandatangani Polisi Perlindungan Murid bagi memastikan aspek keselamatan, pencegahan buli, gangguan seksual dan kesihatan mental murid terus diberi keutamaan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok