Kuching - Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun pagi ini, dengan 1,773 orang daripada 560 keluarga masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh, berbanding 1,822 mangsa petang semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS dengan jumlah mangsa terbanyak termasuk SK Tanah Puteh Serian (448 mangsa), Dewan Masyarakat Serian (325) dan Dewan Suarah Bintulu (306), manakala PPS Dewan Sri Kemena, Sebauh menempatkan 164 mangsa.
Banjir kali ini bermula pada 31 Disember 2025, susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kuching.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back