Narathiwat - Thailand menguatkuasakan perintah berkurung serta-merta di wilayah sempadan selatan, Narathiwat, selepas serangan bom dan arson di 11 stesen minyak di tiga wilayah sempadan selatan, Narathiwat, Yala dan Pattani, awal pagi Ahad.
Perintah berkurung melarang penduduk meninggalkan rumah dari 9 malam hingga 5 pagi, sementara pihak berkuasa meningkatkan kawalan di pusat pemeriksaan sempadan Thailand–Malaysia.
Serangan yang berlaku sekitar 1.10 pagi dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata bertopeng, dengan empat orang cedera, termasuk seorang pegawai polis. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Perdana Menteri Anutin Charnvirakul berkata insiden itu dipercayai bertujuan memberi isyarat berkaitan pilihan raya umum yang akan datang, dan menegaskan langkah keselamatan telah diperketatkan bersama Tentera Darat dan Polis Wilayah.
Polis Diraja Thailand menegaskan komitmen mereka untuk memulihkan ketenteraman, serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat atau melaporkan individu mencurigakan melalui talian 191 atau 1599 yang beroperasi 24 jam.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back