Nilai - Kesakitan pada lutut kiri tidak menghalang pelumba berbasikal trek negara, Nur Alyssa Farid, untuk merangkul pingat emas acara keirin elit pada Siri Trek ASEAN Piala Presiden 2 di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini, 11 Januari.
Pelumba berusia 20 tahun itu menewaskan rakan senegara Yong Ann Tung, manakala pelumba Hong Kong, Tung Phoebe, meraih pingat gangsa.
Kejayaan itu membolehkan Nur Alyssa mempertahankan emas keirin yang dimenanginya pada Siri Trek ASEAN Piala Presiden 1, selain turut mengutip pingat perak dan gangsa acara pecut sebelum ini.
Beliau mendedikasikan kemenangan tersebut kepada jurulatihnya, Herman Terryn, dan dijadual menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara pada Selasa ini, selain menyasarkan kutipan mata kejohanan kelas satu bagi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia tahun ini.
Sementara itu, acara keirin elit lelaki menyaksikan Muhammad Ridwan Sahrom meraih pingat gangsa, dengan To Cheuk Hei dari Hong Kong muncul juara dan Dika Alif Dhentaka dari Indonesia di tempat kedua.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back