Kuala Lumpur - Sebanyak 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah setakat petang ini, menunjukkan trend penurunan jumlah mangsa di kedua-dua negeri.
Di Sarawak, mangsa berkurang kepada 3,019 orang daripada 888 keluarga, ditempatkan di 40 PPS termasuk 23 di Serian, empat di Samarahan, dan tiga di Balai Ringin serta Miri.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan sehingga hari ini.
Sementara itu, di Sabah, jumlah mangsa menurun kepada 364 orang daripada 136 keluarga, dengan dua PPS masih beroperasi di Beaufort iaitu Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.
JPBN Sarawak dan Sabah menasihatkan penduduk terus berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back