Kuala Lumpur - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap 20 pegawainya yang terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral, menurut Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.
Beliau menegaskan semua pelaku akan dibicara dan diadili mengikut peruntukan undang-undang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan sebarang pelanggaran perintah atau peraturan TUDM tidak akan diterima.
“Budaya tidak sihat ini bukan amalan TUDM. Pucuk pimpinan menzahirkan kesal terhadap kejadian, dan pihak yang gagal melaksanakan arahan akan diambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tindakan ini susulan siasatan dalaman yang diarahkan Kementerian Pertahanan berhubung dakwaan kemasukan individu luar dan aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back