Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemulihan tulang pinggul kanan yang patah akibat terjatuh di kediamannya pada 6 Jan lepas.
Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff, memaklumkan Dr Mahathir akan menerima fisioterapi tanpa pembedahan selepas perbincangan pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur, sebagai kaedah pemulihan terbaik.
“Memandangkan usia beliau, proses pemulihan dijangka mengambil masa agak lama,” kata Sufi, sambil menambah Tun Dr Mahathir hanya dibenarkan menerima pelawat daripada keluarga terdekat buat sementara waktu.
Keluarga dan Dr Mahathir mengucapkan terima kasih atas doa dan keprihatinan rakyat sepanjang tempoh rawatan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back