• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 January 2026 | 04:37 PM

PRK Kinabatangan: Tiga Penjuru Parlimen, Satu Lawan Satu DUN Lamag

Kinabatangan - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Warisan dan Bebas, manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menampilkan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Warisan, menurut pengumuman Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah.

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden, dengan pusat penamaan dibuka pada 9 pagi dan ditutup sejam kemudian.

Bagi PRK Parlimen, Mohd Naim Kurniawan Moktar (BN) menyerahkan borang terlebih dahulu diikuti Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan) bertanding di DUN Lamag.

PRK diadakan susulan kematian penyandang Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari sehingga 23 Jan, dengan pengundian awal pada 20 Jan dan hari pengundian biasa pada 24 Jan melibatkan 48,722 pengundi.

Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dan satu pusat pengundian awal akan digunakan, dengan pusat penjumlahan rasmi di Dewan Sri Lamag.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok