• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 January 2026 | 04:28 PM

Uggah: Lapor Banjir Segera Untuk Percepat Bantuan

Serian - Penduduk yang terjejas banjir digesa melaporkan keadaan di kawasan masing-masing dengan segera kepada Pejabat Residen terdekat bagi mempercepatkan penyaluran bantuan dan tindakan pemindahan.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, laporan awal amat penting khususnya di kawasan pedalaman, bagi membolehkan agensi berkaitan digerakkan tanpa kelewatan.

Beliau turut menekankan peranan penting Community Emergency Response Team (CERT) yang diketuai Ketua Kampung sebagai barisan hadapan komuniti dalam memberi respons awal bencana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sementara menunggu bantuan tiba.

“Tindakan awal CERT boleh membantu memastikan keselamatan penduduk sebelum pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Ini memerlukan kerjasama semua pihak kerana keutamaan kita ialah keselamatan rakyat,” katanya ketika melawat PPS Dewan Serbaguna Kampung Ranchan hari ini.

Uggah memaklumkan lawatan penilaian kesiapsiagaan turut dijalankan di beberapa PPS lain di Serian dan Simunjan, diketuai Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, bagi memastikan bekalan bantuan mencukupi.

Setakat tengah hari, PPS Dewan Serbaguna Kampung Ranchan menempatkan 26 Ketua Isi Rumah (KIR) dari tiga kampung, manakala Bahagian Serian merekodkan pembukaan PPS tertinggi iaitu 24 PPS melibatkan 507 KIR dan 1,779 mangsa.

Secara keseluruhan, menurut Infografik Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 APM Sarawak, sebanyak 39 PPS aktif di seluruh negeri, melibatkan Samarahan, Kuching, Miri, Mukah dan Sibu.

Sumber: fb Jabatan Penerangan Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok