• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 January 2026 | 04:25 PM

Agong Perkenan Tandatangani Akta Antibuli 2026

Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026, sekali gus memperkukuh usaha negara menangani kes buli secara lebih tersusun dan berkesan.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta yang diluluskan Parlimen pada 3 Disember lalu itu menyediakan mekanisme khusus untuk melindungi semua mangsa buli seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkenaan.

Di bawah akta tersebut, beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan, MARA, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Dalam Negeri diberi kuasa mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan dan institusi lain di bawah bidang kuasa masing-masing.

Akta Antibuli 2026 turut memperuntukkan penubuhan Tribunal Antibuli sebagai badan kuasi-kehakiman bagi menerima, mendengar dan memutuskan aduan buli, termasuk memberi pampasan atau perintah yang wajar demi keadilan dan pembelaan kepada mangsa.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok