Putrajaya - Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), susulan permintaan ibu bapa agar peperiksaan tradisional ini dipertimbangkan kembali.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dapatan kajian akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian di Putrajaya hari ini.
UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, dan kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, namun kajian semula ini memberi peluang untuk menilai semula keberkesanan sistem peperiksaan sedia ada.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back