Kuala Lumpur - Musim persekolahan sering mencetuskan keterujaan ibu bapa, terutama bagi yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, hingga mendorong perbelanjaan berlebihan untuk beg, kasut dan alat tulis berjenama.
Pensyarah UKM, Dr Anuar Ahmad, menasihati ibu bapa agar mengutamakan kelengkapan asas yang selesa dan sesuai, kerana kos berlebihan bukan sahaja membazir, malah boleh memberi kesan psikologi kepada anak.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM150 bagi setiap murid mulai 11 Januari turut dijangka meringankan beban keluarga.
Seorang bapa, Mohd Syafiq Ilham, berkata beliau membeli keperluan anak secara berperingkat dan berdasarkan keperluan, sambil menyokong cadangan kerajaan untuk menyeragamkan pakaian sekolah menjelang 2027 bagi menjimatkan kos jangka panjang.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back