PUCHONG - Kesiapsiagaan berasaskan sains, data dan teknologi digariskan sebagai hala tuju strategik bagi memperkasa pengurusan bencana negara dengan lebih tersusun.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengurusan bencana tidak boleh lagi bergantung kepada institusi semata-mata.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata sistem amaran awal pintar perlu diperkukuh dan pendekatan anticipatory action mesti dijadikan amalan supaya kita bertindak sebelum bencana berlaku, bukan hanya selepas kerosakan terjadi.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat tahun baharu 2026 kepada warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back