PETALING JAYA - Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pekerja restoran makanan segera yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bulan lepas.
Nalinee Kothandabani, 41, yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rani Arumugam, 45, dengan menumbuk wanita itu di sebuah restoran makanan segera di Serdang Raya, Seri Kembangan, dekat sini pada 4 petang, 8 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Dinesh Muthal yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah sekitar RM500 atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back