BEKENU - Hujan berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit setinggi kira-kira 40 kaki di jalan utama menuju Kampung Terahad, Bekenu, sekitar jam 10 pagi tadi.
Tanah susur mengakibatkan pokok tumbang dan menimpa kabel elektrik.
Pasukan bomba bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Miri dan Sesco Sarawak bagi membersihkan kawasan dan memastikan keadaan selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back