• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 January 2026 | 03:00 PM

BCCK Tawar Menu Makan Malam Reuni Tahun Baharu Cina 8 Hidangan Sempena Tahun Kuda

Kuching - Restoran The Raintree di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) menawarkan Menu Reuni Tahun Baharu Cina lapan hidangan khas sempena sambutan Tahun Kuda, yang direka untuk dinikmati bersama keluarga, rakan dan kumpulan korporat.

Makan malam reuni itu akan diadakan pada 16 Februari 2026 (Isnin) dari 6 petang hingga 10 malam, menampilkan gabungan hidangan tradisional Tahun Baharu Cina dengan cita rasa mesra tempatan.

Antara hidangan utama ialah Prosperity Yee Sang bersama Salmon Gravlax, Eight Treasures Crab Meat dengan Fish Lip dan Scallop Kering, Itik Panggang Sos Oren, Ikan Siakap Kukus Gaya Teochew, serta sentuhan Sarawak menerusi Mi Kolo Goreng BCCK dengan Ayam BBQ, Bawang Putih Goreng dan Cili Jeruk. Pencuci mulut pula menampilkan Peach Raisin dan Snow Fungus bersama Matcha Jelly.

Ketua Pegawai Operasi BCCK, Rayner Simon, berkata menu tersebut direka bagi mewujudkan suasana selesa dan mesra, sama ada untuk majlis keluarga atau jamuan syarikat, sejajar dengan semangat kebersamaan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Cef Eksekutif BCCK Chef Tawfeeq Seow berkata menu berkenaan menekankan perkongsian hidangan, rasa yang ringkas tetapi berkualiti serta hidangan yang bermakna untuk diraikan bersama.

Menu set ini ditawarkan pada harga RM1,088+ untuk 10 orang dan RM688+ untuk lima orang. Tempahan dibuka mulai 7 Januari 2026 dan ditutup pada 10 Februari 2026, tertakluk kepada kekosongan.

Orang ramai boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi laman web www.bcck.org.my/cny atau menghubungi 082-392 988 serta WhatsApp 012-300 5288 untuk pertanyaan lanjut.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok