• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 January 2026 | 02:53 PM

ATMOZFR, Platform Digital Baharu Janjikan Pengalaman Acara Langsung Lebih Bermakna

Kuala Lumpur – Kumpulan AFFIN baru-baru ini memperkenalkan ATMOZFR, sebuah aplikasi acara gaya hidup baharu yang memudahkan orang ramai menikmati pengalaman acara secara langsung.

Dalam satu kenyataan, Kumpulan AFFIN memaklumkan bahawa Konsert “Legacy 30” Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 10 Januari ini akan menjadi acara pertama yang menampilkan penggunaan aplikasi ATMOZFR.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, aplikasi itu mampu melengkapkan pengalaman acara secara lebih imersif.

Menurut beliau, ATMOZFR menyatukan pengalaman acara dalam satu platform digital lengkap dengan pelbagai ciri mesra pengguna, menjadikan pengalaman konsert lebih lancar dan bermakna.

Ia dilengkapi dengan ciri-ciri untuk mengakses maklumat penting acara, navigasi lokasi, serta tawaran dan promosi secara langsung, semuanya dalam satu perjalanan digital yang intuitif.

Tambah beliau, penggunaan ATMOZFR akan diperluaskan ke pelbagai program dan acara lain, termasuk konsert, festival, persidangan serta acara gaya hidup.

Selain itu, dari semasa ke semasa, aplikasi itu juga akan dihubungkan dengan penawaran gaya hidup AFFIN yang lebih menyeluruh, termasuk sektor pelancongan, sajian, serta perkhidmatan perbankan premium.

ATMOZFR boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok