Sepang - AirAsia menawarkan tiket penerbangan tambang tetap pada kadar RM328 ke Sarawak dan RM398 ke Sabah dari Kuala Lumpur bagi laluan sehala, sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, inisiatif itu bertujuan memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan kos mampu milik dan memberikan kepastian ketika merancang perjalanan musim perayaan.
Katanya, sepanjang tempoh perayaan, AirAsia akan menyediakan 1,578 penerbangan dengan lebih 31,000 tempat duduk.
Tempahan tiket untuk sambutan Tahun Baharu Cina dibuka mulai hari ini hingga 24 Feb untuk perjalanan antara 13 hingga 24 Feb 2026, manakala tempahan bagi Aidilfitri dibuka sehingga 26 Mac untuk perjalanan antara 18 hingga 26 Mac 2026.
Tambahnya, kerajaan turut meneruskan program baucar FLYSiswa bernilai RM400 untuk pelajar yang melakukan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur, bagi meringankan kos pengangkutan mereka.
Program FLYSiswa 2026 akan dilancarkan minggu depan, termasuk karnival pada 13 Jan di Universiti Putra Malaysia, di mana pelajar berkelayakan boleh menebus baucar digital untuk pembelian tiket penerbangan dengan syarikat tempatan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back