• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 January 2026 | 02:16 PM

Malaysia Perkenal Pasport dan MyKad Baharu, Ciri Keselamatan Dipertingkat

Putrajaya - Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan sebagai langkah memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau menjelaskan langkah itu penting bagi mengekalkan integriti pasport Malaysia, yang kini berada di tangga ketiga pasport paling dipercayai di dunia dari segi kebolehan pemegang pasport melakukan perjalanan tanpa visa.

Bercakap pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, Saifussin berkata, ciri keselamatan baharu akan dipertingkat untuk memastikan dokumen kekal selamat dan mengelak pemalsuan selepas tempoh penggunaan tertentu.

Ujarnya, proses pembaharuan melibatkan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, dan kerajaan akan memaklumkan orang ramai enam bulan sebelum pelaksanaan bagi mengelakkan kesesakan atau kepanikan mendapatkan dokumen baharu.

Menurutnya, dokumen sedia ada boleh terus digunakan sehingga tamat tempoh sah, dan tarikh pelaksanaan serta ciri baharu akan diumumkan kemudian.

Saifuddin Nasution menegaskan peningkatan ciri keselamatan tersebut dibuat secara sistematik dan bukan secara suka-suka, sejajar dengan keperluan memperbaharui dokumen keselamatan negara.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok