Kuala Lumpur - Situasi banjir di Sarawak semakin pulih, manakala Sabah mencatat sedikit peningkatan jumlah mangsa setakat 8 pagi ini.
Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 135 orang daripada 46 keluarga, berbanding 185 orang daripada 54 keluarga petang semalam.
Sebaliknya, Sabah menyaksikan peningkatan mangsa di daerah Beaufort dan Tenom kepada 1,224 orang daripada 433 keluarga berbanding 1,206 orang daripada 425 keluarga semalam.
Bencana itu menjejaskan penduduk di sembilan kampung di Beaufort dan lima kampung di Tenom, dengan Beaufort mencatat 661 mangsa daripada 223 keluarga, manakala Tenom melibatkan 563 orang daripada 210 keluarga.
Setakat ini, lapan PPS dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) beroperasi di kedua-dua daerah bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back