KUCHING – Seramai 41 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis Khas Kontinjen Sarawak yang dijalankan dari 4 hingga 6 Januari 2026 di sekitar daerah Kuching.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan semalam berkata, daripada jumlah tersebut, lima individu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dua di bawah Seksyen 39A(1), dua di bawah Seksyen 12(2) dan 32 individu di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Menurut beliau, polis turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu 121.02 gram methamphetamine, 248.10 gram serbuk MDMA dan 9.80 gram pil Erimin 5 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM15,532.00.
Beliau menegaskan kejayaan operasi ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dan memberi amaran bahawa Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back