Nilai - Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, membuka musim ini dengan cemerlang apabila menjuarai acara pecut elit lelaki pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) 1 di Velodrom Nasional, menewaskan pelumba Korea Selatan Kim Geunwoo pada perlumbaan akhir.
Dalam final yang sengit, kedudukan seri 1-1 sebelum Azizulhasni mengesahkan kemenangan pada perlumbaan penentuan.
Pelumba berstatus bebas bersama Team Azizul itu berkata kejayaan tersebut penting sebagai persiapan menghadapi beberapa kejohanan utama pada suku pertama tahun ini, termasuk Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland (23 Julai–2 Ogos) dan Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun (19 Sept–4 Okt).
Pingat gangsa acara pecut elit lelaki diraih Muhammad Ridwan Sahrom, manakala acara pecut elit wanita menyaksikan penguasaan pelumba negara dengan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih emas, menewaskan rakan sepasukannya, Nurul Alyssa Farid, dan pingat gangsa menjadi milik Anis Amira Rosidi.
Azizulhasni juga yakin rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan kembali beraksi dengan prestasi lebih baik selepas pulih daripada kecederaan lutut kanan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back