• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 January 2026 | 10:26 AM

Kerajaan Kekalkan Kuota BUDI95 Tanpa Mengikut Kelas Pendapatan

Kuala Lumpur - Kerajaan menegaskan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak akan dikurangkan berdasarkan kelas pendapatan bagi mengelakkan tekanan tambahan terhadap perbelanjaan isi rumah, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata keutamaan kini ialah menganalisis data sejak pelaksanaan program BUDI95 untuk menilai keberkesanannya dan mengenal pasti sebarang penggunaan luar biasa sebelum membuat sebarang perubahan terhadap parameter kuota.

Data menunjukkan purata penggunaan kuota 300 liter ialah kira-kira 83 liter sebulan, dengan 90 peratus penerima menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

Johan turut menegaskan kerajaan buat masa ini tidak akan melaksanakan mekanisme subsidi bersasar mengikut kelas pendapatan.

Sebaliknya jelas beliau, tumpuan diberikan kepada menghapuskan kebocoran daripada pengguna tidak berhak, termasuk warga asing atau syarikat yang menyalahgunakan bahan api bersubsidi, supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat BUDI95.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok