Kuching - Sarawak Metro Sdn Bhd kini menjadi Syarikat Milik Kerajaan Negeri sepenuhnya di bawah Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, menandakan permulaan fasa baharu operasi syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa berkata, perubahan ini bertujuan memperkukuh tadbir urus korporat dan strategi pembangunan, sambil menegaskan komitmen syarikat untuk mempertingkat sektor pengangkutan awam di Kuching.
Beliau dalam satu kenyataan menambah, tahun ini Sarawak Metro akan menumpukan kepada projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), termasuk laluan dan depot bagi Operasi Transit Pantas Autonomi (ART), dengan peringkat pertama dijangka beroperasi menjelang akhir 2026.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back