• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 January 2026 | 04:10 PM

Sarawak Sedia Beri Saingan Sengit Pada SUKMA Selangor 2026

KUCHING - Sarawak yakin kontinjen negeri mampu memberi saingan sengit pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 yang akan berlangsung di Selangor tahun ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setiap negeri yang bertanding meletakkan sasaran tinggi, terutamanya Selangor sebagai tuan rumah.

Ujarnya, Sarawak muncul juara keseluruhan pada edisi lalu dengan kelebihan pingat yang tipis, menjadikan misi mempertahankan kejuaraan pada SUKMA kali ini lebih mencabar.

Bercakap pada sidang media di Kuching hari ini, beliau berkata penganjuran SUKMA Selangor bukan tugas mudah kerana negeri itu mempunyai rekod cemerlang dalam sejarah SUKMA dan sering menjadi antara negeri dominan.

Beliau turut mengimbas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada majlis penutup SUKMA Sarawak lalu yang menekankan bahawa kemenangan di gelanggang sendiri bukan penentu mutlak, sebaliknya ujian sebenar adalah mempertahankan kejuaraan apabila bertanding di negeri lain.

Sehubungan itu, beliau berkata, jika Sarawak berjaya mempertahankan kejuaraan pada edisi kali ini, kontinjen negeri ini benar-benar membuktikan kekuatannya.

Terdahulu, Datuk Seri Abdul Karim menerima kunjungan hormat daripada Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, yang turut menyerahkan obor SUKMA kepada Selangor sebagai simbolik penyerahan temasya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok